Pengalaman Syaikh Bin Baz Rahimahullah Ketika Masih Muda

Syeikh Ibnu Baz pernah menceritakan suatu hal yang menarik yang terjadi ketika beliau muda dan di awal-awal menuntut ilmu agama. Beliau sendiri menuturkan hal ini, “Ada sebuah kejadian yang pernah ku alami sendiri. Sampai hari ini (ketika syaikh masih hidup) aku masih terkesan dengan kejadian tersebut. Kejadian ini terjadi ketika aku masih muda. Aku tergolong orang yang selalu berada di shaf pertama dalam solat berjamaah. Suatu ketika aku lewat datang ke masjid disebabkan membaca beberapa buku yang membahas beberapa permasalahan penting sehingga melalaikan aku dari solat (lalai di sini bermaksud lewat dan meninggalkan takbiratul ihram bersama imam). Kerana terlambat aku tidak mendapatkan shaf pertama dan aku tertinggal beberapa rakaat. Yang menjadi imam masjid adalah hakim kota Riyadh iaitu Syeikh Shalih bin Abdul Aziz alu Syeikh dan beliau adalah salah seorang guru tempatku untuk menimba ilmu. Setelah beliau salam, beliau melihatku masih mengerjakan solat di ujung shaf karena tertinggal beberapa rakaat. Keadaan ini sangat mengesankan diri beliau.

Akhirnya beliau menyampaikan ceramah. Salah satu isi yang beliau sampaikan adalah, “Sebagian orang sibuk dengan aktivitinya sehingga menjadi makmum masbuk”.

Mendengar kalimat tersebut aku mengerti bahwa akulah yang beliau maksudkan. Sejak saat itu aku tidak pernah lewat dalam solat berjamaah. Inilah sebuah peristiwa yang tak akan pernah terlupa dalam hidupku”.

Sungguh keadaan kita dalam masalah terlambat solat berjamaah sangat memprihatinkan. Sering kali hal ini terjadi pada orang-orang yang mengerti ilmu agama. Walaupun yang menyebabkan kita lewat solat berjamaah adalah kesibukan untuk mentelaah kitab-kitab para ulama dan mengkaji beberapa permasalahan yang penting.

Syeikh Ibnu Baz memiliki suatu yang diistilahkan oleh para ulama dengan ibadah waktu. Iaitu jika ketika ini adalah waktu untu melakukan suatu ibadah maka beliau akan melakukannya dan meninggalkan suatu aktiviti yang selainnya. Jika adzan terdengar maka beliau akan menghentikan semua ativitas. Jika adzan terdengar ketika beliau berada di pejabat beliau sebagai seorang mufti maka beliau hentikan semua kegiatan. Jika beliau sedang menyampaikan pengajian dan adzan berkumandang maka pengajian pun beliau hentikan. Jika saat muadzin selesai ada pegawai pejabat yang datang dan mengatakan, “Wahai syeikh ada permasalahan demikian dan demikian”, niscaya beliau akan berkata, “Engkau tidak menirukan ucapan muadzin?! Engkau tidak mendengarkan adzan?! Engkau masih bekerja ketika ada suara adzan?!”.

Sumber: Facebook Abu Farah Al Farouq repost status Abu Fayha Fitri Lias

Artikel: www.kisahislam.net

Facebook Fans Page: Kisah Teladan & Sejarah Islam

=

Comments
All comments.
Comments